Teks : Azlin Nor
Gambar : Sendiri.
Yeay....suasana tenang di pejabat ku. Ramai sahabat yang menyambung cuti sempena Maulidur Rasul esok.
Namun ketenangan itu hanya lah seketika. Mesyuarat pada jam 10 pagi. Seperti biasa ada sahaja perancangan dan aktiviti
yang di rancang untuk memeriahkan lagi persidangan tahunan syarikat pada tahun ini.
Walaupun begitu, ada sahabat sahabat yang terguris perasaan sesama mereka. Hmmm.... adatlah bekerja di dalam kumpulan yang berjaya. Masing masing mementingkan kesempurnaan,
Jangan gusar sahabat sahabat ku, kita ini ibarat adik beradik, bertengkar sekejap namun berbaik semula, umpama air yang di cincang tak kan putus.
Kedai Bisnes Online
Tuesday, 14 January 2014
Bercuti di Melaka Part 3
Teks : Azlin Nor
Gambar : Sendiri
Rasa sekejap sangat percutian kali ini, tidak puas hati mak long.
Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sebak rasa hati ku di kala bonda mengucup pipiku sambil mengucap terimakasih.
Sempat juga bonda bertanya bila daku akan pulang ke kampung.
"Hujung bulan ni ye mak" balasku. Emak tersenyum lega. Kami adik beradik bersalaman dan berazam untuk merancang satu lagi percutian beramai-ramai. Mungkin ia hanya lah satu percutian singkat berdekatan Ipoh.
Selamat jalan adik adik ku.

Holiday Di Melaka Part 2
Teks : Azlin Nor
Gambar : Sendiri
Terngiang-ngiang lagi ketawa bonda bersama cucu cucu nya. Sibuk bonda memujuk Danial nangis nangis manja, Raisya pula asyik di acah ayahanda nya. Dina pula berlari larian umpama banglo percutian ini ayahanda nya yang punya. Teruja agak nya Dina menjadi perhatian kami semua. 'She's an attention seeker'.
Namun sukar sekiranya Dina nak di ajak bergambar bersama. Ada ada sahaja ragam nya.

Percutian 'Geng Che Noor' ke Melaka
Teks : Azlin Nor
Gambar : Sendiri
Sudah agak lama saya tidak menulis butir butir bicara didalam blog ini. Teringat ingat juga sebenarnya, cuba merangka apakah catatan yang ingin di tuliskan. Alhamdulillah, saya telah meluangkan 3 hari dua malam bersama-sama keluarga bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Walaupun ia adalah percutian di dalam negeri sahaja namun apabila ia di luangkan bersama adik beradik, gembira tak terkata sebenarnya. Bonda tercinta terutamanya. Suka hati ini melihat wajah lembut itu tertawa berdikit-dikit di kala kami bermain permainan 'Betul ke Bohong'... yang macam didalam Astro itu.
Puas hati ini melihat bonda menikmati kegembiraan berada bersama anak-anak, menantu dan cucu cucu nya.
Dina, Raisya, Danial....Mak Long sayang anda semua.

Sunday, 5 January 2014
Saya Azlin Nor Yahya
Teks : Azlin Nor
Assalamualaikum,
Inilah kali pertama saya menulis di dalam blog ini, hati berdebar-debar, fikiran tertanya-tanya adakah ini adalah permulaan bagi sesuatu yang baik untuk saya di dalam hidup ini.
Saya hanyalah seorang wanita yang hanya menjalani kehidupan harian yang normal, tiada perkara yang mengujakan atau yang menarik di lalui. Bangun pagi, bekerja, balik rumah, penat, berehat, dan seterusnya dari hari ke sehari. Lama kelamaan hati ini tertanya, inikah yang saya mahukan. Sememangnya ia mengambil mega masa untuk memulakan nya.
Kesempatan bertemu Puan Iryani membuka mata dan minda bahawa saya tidak menjalani kehidupan saya dengan sebetul atau selayak nya. Dengan berbagai pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang kerjaya saya, sepatutnya saya menyampaikan pengalaman itu didalam bentuk penulisan sebagai santapan minda kepada sesiapa yang membaca.
Senang kan ? Semestinya tidak. Sudah beberapa jam saya tercari-cari idea, terfikir-fikir apa yang ingin di sembangkan. Dengan ini, diharap akan menjadi permulaan yang molek bagi saya.
InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)