Tuesday 14 January 2014

Percutian 'Geng Che Noor' ke Melaka

Teks : Azlin Nor
Gambar : Sendiri

Sudah agak lama saya tidak menulis butir butir bicara didalam blog ini. Teringat ingat juga sebenarnya, cuba merangka apakah catatan yang ingin di tuliskan. Alhamdulillah, saya telah meluangkan 3 hari dua malam bersama-sama keluarga bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Walaupun ia adalah percutian di dalam negeri sahaja namun apabila ia di luangkan bersama adik beradik, gembira tak terkata sebenarnya. Bonda tercinta terutamanya. Suka hati ini melihat wajah lembut itu tertawa berdikit-dikit di kala kami bermain permainan 'Betul ke Bohong'... yang macam didalam Astro itu.

Puas hati ini melihat bonda menikmati kegembiraan berada bersama anak-anak, menantu dan cucu cucu nya.

Dina, Raisya, Danial....Mak Long sayang anda semua.



No comments:

Post a Comment