Sunday 5 January 2014

Saya Azlin Nor Yahya

Teks : Azlin Nor

Assalamualaikum, 

Inilah kali pertama saya menulis di dalam blog ini, hati berdebar-debar, fikiran tertanya-tanya adakah ini adalah permulaan bagi sesuatu yang baik untuk saya di dalam hidup ini. 

Saya hanyalah seorang wanita yang hanya menjalani kehidupan harian yang normal, tiada perkara yang mengujakan atau yang menarik di lalui. Bangun pagi, bekerja, balik rumah, penat, berehat, dan seterusnya dari hari ke sehari. Lama kelamaan hati ini tertanya, inikah yang saya mahukan. Sememangnya ia mengambil mega masa untuk memulakan nya.

Kesempatan bertemu Puan Iryani membuka mata dan minda bahawa saya tidak menjalani kehidupan saya dengan sebetul atau selayak nya. Dengan berbagai pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang kerjaya saya, sepatutnya saya menyampaikan pengalaman itu didalam bentuk penulisan sebagai santapan minda kepada sesiapa yang membaca. 

Senang kan ? Semestinya tidak. Sudah beberapa jam saya tercari-cari idea, terfikir-fikir apa yang ingin di sembangkan. Dengan ini, diharap akan menjadi permulaan yang molek bagi saya. 

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment